Melahirkan generasi ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah beraliran Asya'irah Walmaturidiah sejak tahun 1974. Institusi pendidikan alternatif berasaskan kitab turath (kitab kuning).
Almarhum Tuan Guru Hj. Mahyidin Mohd Ghazali
Pengasas (1937 - 2002)
Melahirkan generasi ulamak fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah beraliran Asya'irah wal Maturidiah di kalangan muda-mudi bagi menyebarkan dakwah, serta membuktikan keunggulan pondok sebagai institusi pendidikan alternatif mendepani cabaran semasa.
Pada asalnya dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjong, institusi ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah pada tahun 1973 di Kampong Dalam Nibong, Tunjong. Pada awal tahun 1974, pondok ini mula beroperasi mengambil pelajar.
Bagi menampung perkembangan pendidikan, pondok ini berpindah ke kawasan yang lebih luas di Kampung Padang, Tunjong pada tahun 1984. Sebuah masjid bernilai RM 270,000 telah dibina sebagai asas pembinaan pondok ketika itu. Tanah seluas hampir 2 ekar ini juga telah diwaqafkan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Selepas kewafatan pengasas pada tahun 2002, legasi pendidikan diteruskan oleh menantu beliau, Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Abdul Ghani, dan seterusnya oleh barisan kepimpinan yang dedikasi. Kini, sejak 2015, tadbir urus pondok diterajui oleh cucu pengasas, Ustaz Tengku Ahmad Ridha Bin Tengku Mohamed.
Pada tahun 2019, pondok ini secara rasmi ditukar nama kepada Pondok Al-Fununiah Al-Ghazaliah atas arahan MAIK, mengambil sempena nama pengasasnya. Pada tahun 2023, genaplah 50 tahun pondok ini menabur bakti dalam dunia pendidikan Islam.
Sistem pengajian tradisional menggunakan kaedah "Tadah Kitab" dari kulit ke kulit. Sesi pengajian dijalankan pada sebelah Pagi, Petang dan Malam dengan tempoh minimum pengajian selama 5 tahun.
Pendaftaran pelajar baharu
*Yuran di atas tidak termasuk bayaran kitab pengajian.
Pihak pondok sentiasa mengalu-alukan sumbangan infaq dan waqaf bagi menampung perbelanjaan operasi, memastikan kelangsungan ilmu turath, serta memberi keselesaan kepada para penuntut ilmu.
Pengecatan, pembaikan ruang solat/tingkat dua, pemasangan mozek (tiles), bilik imam, rak kitab, penyaman udara dan pagar.
Bayaran bil utiliti (elektrik & air), penyelenggaraan kenderaan, pembiayaan makan minum pelajar kurang berkemampuan, elaun guru, dan keperluan pejabat.
Nama Bank
Maybank
Nama Akaun
Pentadbiran Pondok Tunjong
No. Akaun
Pengecualian Cukai Pendapatan
Sumbangan layak mendapat resit pengecualian cukai menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad.
Sila isi maklumat dengan lengkap dan tepat untuk rekod pengurusan pondok.
Borang pendaftaran anda telah direkodkan. Sila bawa salinan Kad Pengenalan pemohon dan waris, serta salinan slip gaji/pengesahan pendapatan semasa melapor diri di pondok.